Kerber tewas pada pusingan pertama

Kerber tewas pada pusingan pertama

PARIS, 24 Mei (dpa) – Pemain Jerman, Angelique Kerber terkeluar daripada persaingan pusingan pertama menentang pemain tidak ternama dari Belanda, Kiki Bertens, yang mengukir kemenangan 6-2, 3-6, 6-3 ke atas juara bertahan Terbuka Australia di Terbuka Perancis, hari ini.

Kerber, empat bulan lepas berjaya menewaskan pemain nombor satu dunia untuk memenangi Terbuka Australia, telah menikmati kejayaan yang terhad sejak kemenangan terbesar dalam kerjayanya.

Pemain pilihan ketiga di Roland Garros itu menjulang trofi Stuttgart bulan lepas di gelanggang tanah liat, namun tewas pada perlawanan pembukaan di Madrid dan Rom sejak itu.

Beliau bermain sehingga pusingan ketiga di Paris tahun lepas dan mara ke suku akhir pada 2012.

Sementara itu, pemain ranking ke-58 Bertens tiba di kejohanan utama itu dengan memenangi gelaran tanah liat di Nuremberg, yang kedua dalam kerjayanya.

Juara Terbuka Australia terkeluar daripada saingan Terbuka Perancis. - AP
Juara Terbuka Australia terkeluar daripada saingan Terbuka Perancis. – AP

Kerber menyertai rakan senegaranya yang juga bekas naib juara Wimbledon Sabine Lisicki untuk tersingkir di pusingan pertama.

“Sudah tentu saya kecewa bahawa saya tewas di peringkat ini, tapi itulah sukan dan situasi seumpama itu sering boleh terjadi,” kata Kerber. “Ia bukan permainan tenis terbaik saya hari ini.

“Saya sudah membuat persediaan, Saya berlatih dengan baik di sini, namun, pusingan pertama sering sukar, terutamanya buat saya, tapi, yang boleh saya katakan? Ia terjadi.”

Kerber dirawat di luar gelanggang atas kecederaan bahu sebelumnya yang telah membuatkannya tidak berupaya untuk beraksi dalam acara di Nuremberg.

“Kesakitannya tetap sama, Saya tidak tahu jika ia semakin baik,” katanya. “Saya mula merasakannya pada set kedua di mana ia semakin teruk dan teruk,” tambahnya. “Saya berharap ia tidak begitu teruk.”

Pemain pilihan kelapan Timea Bascinszky pula memulakan kempennya dengan kemenangan mudah 6-3, 6-1 ke atas pemain Sepanyol Silvia Soler-Espinosa.

ARTIKEL YANG SAMA