Kereta amfibia Chevrolet dilelong

Kereta amfibia Chevrolet dilelong

BERLIN, 24 Dis (dpa) – Kacukan unik antara sebuah bot dan pikap Chevrolet yang direka untuk menyaingi kereta Amphicar 770 Jerman yang terapung akan dilelong bulan depan di Amerika Syarikat.

Mecum Auctions di Walworth menjangkakan bidaan bermula kira-kira AS$100,000 dolar bagi Chevrolet Corphibian putih merah, yang hanya satu-satunya telah dihasilkan.

Prototaip 1961 itu adalah berasaskan Pikap Chevrolet Rampside dan bercirikan badan kapal yang lebar daripada kaca gentian.

Konsep itu direka untuk membolehkan pengguna mempunyai peluang untuk mengalami perjalanan akuatik dan di daratan.

Chevrolet Corphibian yang akan mula dilelong pada Januari 2016.
Chevrolet Corphibian yang akan mula dilelong pada Januari 2016.

Corphibian menggunakan enjin mendatar enam silinder, berudara dingin dari salon Corvair yang dipasangkan kepada transmisi automatik dan kipas berkembar.

Mecum mengatakan kereta itu hanya menunjukkan pemakaian minima dan hanya dijalankan sekitar 157 batu sejak ia dibina oleh Kejuruteraan Chevrolet bersama Syarikat Hulten-Holm, Pontian, Michigan.

Lelongan itu akan diadakan di Kissimmee antara 15-24 Januari, apabila sekitar 3,000 kenderaan juga akan dilelong.

Amphicar adalah kenderaan amfibia yang dihasilkan secara besar-besaran pertama kalinya. Ia direka oleh jurutera Jerman, Hanns Trippel dan dibina di Luebeck dan Berlin. Hanya 4,000 telah dihasilkan sehingga pengeluarannya terhenti pada 1965.

ARTIKEL YANG SAMA