Kereta api bertembung, 1 maut 10 cedera

Kereta api bertembung, 1 maut 10 cedera

VIENNA, 6 Mei (AFP) – Dua kereta api tempatan berlanggar depan sama depan di Austria hari ini, membunuh seorang pemandunya dan mencederakan 10 yang lain termasuk seorang wanita yang dalam keadaan kritikal, menurut perkhidmatan kecemasan.

“Sekitar 10 orang cedera parah,” menurut jurucakap pasukan bomba memberitahu AFP selepas kemalangan berlaku berhampiran bandar Graz selatan Austria. “Kerosakannya tidak besar jadi kami rasa kereta api itu dikemudikan pada kelajuan sederhana di sepanjang trek ini. Kami mengandaikannya walaupun breknya telah digunakan,” menurut jurucakap.

Helmut Wittmann, pengerusi operator kereta api tempatan Steiermaerkische Landesbahnen, mengatakan di tempat kejadian bahawa salah seorang pemandunya telah terhimpit di dalam kabinnya selepas perlanggaran itu dan meninggal dunia.

“Hari ini kita telah kehilangan seorang rakan kita,” agensi akhbar Austria memetik Wittmann sebagai berkata.

Dua kereta api tempatan yang bertembung berhampiran Uebelbach, Austria. – AFP
Dua kereta api tempatan yang bertembung berhampiran Uebelbach, Austria. – AFP

Perkhidmatan penyelamat dan kelab automobil kebangsaan OeAMTC mengatakan pemandu lain telah dikejarkan ke hospital bersama seorang wanita yang berusia 60 tahun yang mengalami kecederaan teruk.

Punca nahas berhampiran stesen kereta api di kampung Waldstein, 30 km dari utara Graz, sekitar 10:20 pagi itu masih belum jelas.

Namun seorang jurucakap bagi operator kereta api mengatakan ia kelihatannya salah seorang pemandu tidak bertindak balas kepada signal berhenti itu.