Kereta api Denmark sambung semula operasi

Kereta api Denmark sambung semula operasi

COPENHAGEN, 10 Sept – Denmark akan menyambung semula perkhidmatan kereta api antarabangsa ke Jerman hari ini, menurut syarikat kereta api DSB, Denmark, sehari selepas kereta api itu ditangguhkan dalam percubaan penghijrah untuk masuk melaluinya.

Operasi kereta api antara Flensburg di Jerman dan Padborg di selatan Denmark akan disambung semula, serta perkhidmatan antara bandar raya antara Felnsburg dan bandar Copenhagen, Denmark.

Sekitar 100 penghijrah terpaksa bermalam di stesen kereta api Flensburg.

Sekitar 240 penghijrah yang tiba di pelabuhan Rodby Denmark – yang menerima kereta api dari Jerman – telah dibenarkan untuk meneruskan perjalanan mereka, kata polis memberitahu dpa hari ini, dengan lebih banyak yang dijangka akan pergi semasa perjalanan hari itu.

Semalam, sekitar 200 orang di Rodby enggan untuk meninggalkan dua buah kereta api atau dibawa ke pusat penyambut tetamu Denmark, sebaliknya meminta untuk terus dibawa ke Sweden.

Jerman dan Sweden telah menjadi destinasi terkenal bagi pencari perlindungan untuk memfailkan permohonan perlindungan, sementara Denmark pada beberapa tahun kebelakangan memperkenalkan sekatan lebih ketat.

Sejak Ahad, sekitar 1,500 orang telah tiba dari Jerman daripada sekumpulan besar pencari perlindungan di Eropah, kebanyakannya lari daripada konflik di Syria dan Iraq. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA