Kereta api pertama ‘laluan Sutera’ tiba di Tehran

Kereta api pertama ‘laluan Sutera’ tiba di Tehran

TEHRAN, 16 Feb – Kereta api pertama yang menghubungkan China dan Iran tiba di Tehran pada hari Isnin lalu, sarat dengan barangan China, menghidupkan semula Jalan Sutera kuno, syarikat kereta api Iran itu berkata.

Kereta api yang membawa 32 kontena produk komersial dari wilayah timur Zhejiang, mengambil masa 14 hari dalam perjalanan 9,500 kilometer (5,900 batu) melalui Kazakstan dan Turkmenistan.

“Ketibaan kereta api ini dalam masa kurang dari 14 hari pernah berlaku sebelum ini,” kata ketua syarikat kereta api Iran, Mohsen Pourseyed Aqayi.

“Kebangkitan semula Jalan Sutera adalah penting bagi negara-negara di laluannya,” katanya dalam satu majlis di stesen kereta api Tehran yang dihadiri oleh kedutaan China dan Turkmenistan.

Perjalanan itu 30 hari lebih pendek daripada pelayaran laut dari Shanghai ke pelabuhan Iran Bandar Abbas, menurut Aqayi.

Pegawai-pegawai Iran meraikan platform kereta api pertama yang menghubungkan China dan Iran, tiba di Stesen Kereta Api Tehran. – AFP
Pegawai-pegawai Iran meraikan platform kereta api pertama yang menghubungkan China dan Iran, tiba di Stesen Kereta Api Tehran. – AFP

Kereta api itu tidak akan terhenti di Tehran “kerana kami merancang untuk memperluaskan kereta api itu ke Eropah pada masa depan,” yang menjana lebih banyak pendapatan bagi Iran, katanya.

Kereta api itu akan berangkat setiap bulan dan kekerapan akan ditambah jika perlu, kata Aqayi.

kereta api itu dikendalikan oleh syarikat-syarikat swasta yang menggunakan laluan yang sedia ada, Jurucakap syarikat kereta api Iran, Sadegh Sakari kepada AFP.

Menurut media Iran, lebih daripada satu pertiga daripada perdagangan asing Iran adalah dengan China, yang merupakan pelanggan utama Tehran untuk eksport minyak.

Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Iran Hassan Rouhani bersetuju bulan lepas untuk membina hubungan ekonomi bernilai sehingga AS$600 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA