Kereta api tergelincir di NY, tiada korban jiwa

Kereta api tergelincir di NY, tiada korban jiwa

NEW YORK, 9 Okt – Kereta api komuter New York tergelincir di luar bandar lewat kelmarin, kata pihak berkuasa, tanpa mengesahkan laporan yang berpuluh lagi mengalami cedera ringan.

“Kereta api yang membuat perjalanan dari Penn pada jam 9:22 malam dan dijangka tiba di Huntington pada 10:28 malam telah dibatalkan akibat tergelincir berhampiran taman New Hyde,” menurut Long Island Rail Road (LIRR) dalam Twitter.

Perkhidmatan awal telah ditangguhkan pada laluan sama akibat pelanggaran kereta api dengan sebuah kenderaan perkhidmatan kecil.

Para penumpang telah dipindahkan, LIRR menunjukkan dalam sistemnya.

Gabungan televisyen tempatan ABC melaporkan bahawa terdapat empat kecederaan, menurut sumber lain terdapat puluhan yang cedera, kebanyakan mereka dalam keadaan yang parah.

Hanya minggu lalu, sebuah kereta api komuter telah melanggar ke arah stesen kereta api New Jersey.

Pelanggaran pada waktu pagi yang sibuk di terminal Hoboken itu telah membunuh seorang dan mencederakan 114 yang lain, mengakibatkan kemusnahan besar-besaran di pusat temuan transit dan pintu masuk ke Manhattan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA