Kereta baru Mayweather AS$3.5 juta

Kereta baru Mayweather AS$3.5 juta

LAS VEGAS, 28 Okt (Agensi) – Floyd Mayweather Jr. bukanlah seseorang yang akan berehat dalam persaraan, bukan bila terdapat kereta sports bernilai AS$3.5 juta untuk dibeli.

Petinju dari Las Vegas itu bergambar bersama pembelian terbarunya, Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse 2015, dalam gambar yang diposkan dalam akaun Instagramnya pada Isnin lalu. Mayweather membawa Obi Okeke yang juga pemilik bersama Fusion Luxury Motors di Chatsworth, California bersamanya ke Miami untuk meletakkan persetujuan itu bersama.

Okeke berkata dia telah menjual empat Buggati kepada petinju termasuk sebuah yang dijualnya bagi pembelian terbaru, Vitesse yang dikatakan Okeke adalah salah satu dari hanya 44 yang dihasilkan. Warna oren dan hitam dan ruang dalaman adalah salah satu daripadanya, jelas beliau.

“Anda tidak akan pergi dan menempah sebuah,” kata Okeke semalam selepas penerbangan pulang dari Miami.

Gambar dipetik dari akaun Instagram Mayweather menunjukkan beliau bergambar dengan kereta barunya itu.
Gambar dipetik dari akaun Instagram Mayweather menunjukkan beliau bergambar dengan kereta barunya itu.

Laman sesawang Buggati berkata kereta itu mencapai kelajuan 408.8km sejam dan memecut dari sifar ke 100km sema dalam masa 2.6 saat dan mempunyai 1,200 kuasa kuda. Laman itu juga berkata kereta itu laris terjual.

Bugatti telah membangunkan dan menjual 450 model Veyorn di antara 2006 dan 2015 dan 150 adalah seperti yang dibeli Mayweather pada Isnin lalu, kata Okeke.

Okeke berkata dia dan yang lain mengikuti Mayweather keluar dari lot penjual Miami ketika petinju itu memandu, memandu dengan “keadaan progresif”, di Florida, katanya.

Dia berkata Mayweather sudah menumpukan bagi kemungkinan pembelian seterusnya, bernilai AS$3.2 juta Pagani Huayra yang diterbangkan ke bilik pameran Okeke di California, kata Okeke dia telah menjualkan Maywearther lebih dari 39 buah kereta, termasuk empat Buggati.