Kereta bertembung pikap

Kereta bertembung pikap

Oleh Rahmat bin Haji Abdul Rahman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Seorang mengalami kecederaan dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah pikap dan kereta salun di kawasan Kampung Salar, Jalan Muara, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang tadi, mangsa yang cedera telah dikejarkan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bagi mendapatkan rawatan.

Sementara itu, pemandu pikap berbangsa Indonesia telah dibawa ke Balai Polis Muara bagi siasatan.

Anggota pasukan polis dari Balai Polis Muara turut berada di tempat kejadian untuk membuat siasatan dan mengawal lalu lintas.

pg06_150626_c

ARTIKEL YANG SAMA