Kereta bertembung, seorang cedera ringan

Kereta bertembung, seorang cedera ringan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Seorang penumpang mengalami kecederaan ringan apabila dua buah kenderaan bertembung dalam kemalangan jalan raya yang berlangsung di kawasan pusing keliling Berakas pagi tadi.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei, Balai Polis Berakas menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.49 pagi.

Salah sebuah kenderaan dipandu oleh seorang wanita tempatan berumur 20 tahun, manakala sebuah lagi dipandu lelaki berumur 55 tahun dengan membawa seorang anaknya yang mengalami kecederaan ringan di tangan kiri, akibat kejadian itu. Punca kemalangan masih lagi dalam siasatan pihak polis.