Kereta curi dari Beaufort ditemui

Kereta curi dari Beaufort ditemui

Oleh Arissa

 

LIMBANG, 7 Mei – Sebuah kereta Wira Aeroback berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran yang hilang di Beuafort, Sabah ditemui di kawasan Ujong Jalan, sempadan antara Limbang-Temburong kelmarin.

Kereta itu ditemui polis selepas rondaan cegah jenayah melalui Ops Lejang di kawasan sempadan. Ia dalam keadaan baik dan kunci kereta kemudiannya ditemui di bawah pelapik kaki penumpang bahagian belakang.

Menurut Ketua Polis Daerah Limbang, Superitenden Mohd Bukhori Saffai, kereta itu dilaporkan hilang di Beaufort, Sabah pada Oktober 2012 dengan nombor pendaftaran Sabah.

“Kita masih menyiasat penemuan kereta itu di daerah ini,” katanya. Ia kini diletakkan di bawah IPD Limbang.

PERIKSA..Polis melakukan pemeriksaan lanjut ke atas kereta terbabit.
PERIKSA..Polis melakukan pemeriksaan lanjut ke atas kereta terbabit.