Kereta diperbaiki terbakar di bengkel

Kereta diperbaiki terbakar di bengkel

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 20 April – Sebuah kereta yang sedang dibaiki hangus dalam kejadian kebakaran yang berlaku di sebuah bengkel di kawasan Kampung Sungai Taring Lumut, di sini, hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat melaporkan bahawa panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan diterima kira-kira 11:55 pagi tadi dan seramai 10 orang anggota berserta dua buah jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

Api telah berjaya dipadamkan dalam masa kira-kira lima minit.

Kebakaran dipercayai berpunca daripada aktiviti mengimpal saluran paip ekzos, lalu mengeluarkan percikan api dan terkena benda mudah terbakar.

Kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah bengkel di Lumut kelmarin pagi.
Kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah bengkel di Lumut kelmarin pagi.

ARTIKEL YANG SAMA