Kereta kuda berhias tidak lagi dibenarkan

Kereta kuda berhias tidak lagi dibenarkan

MUMBAI, 9 Jun – Kereta kuda berhias Mumbai hampir kepada penghujungnya selepas sebuah mahkamah di bandar India mengeluarkan perintah bahawa ia tidak sah di sisi undang-undang, dengan mengatakan para pemiliknya mesti menamatkan operasi dalam tempoh setahun.

Kereta kuda Victorias berwarna perak, kereta kuda terbuka yang digunakan ketika pemerintahan Ratu Victoria berulang alik di jalan raya Mumbai sejak zaman penjajahan Britain dan selama bertahun-tahun telah menjadi tarikan pelancong.

Tetapi semalam, Mahkamah Tinggi Bombay bersetuju dengan kumpulan kebajikan haiwan yang telah membuat petisyen bagi pengharaman itu dengan merujuk kepada layanan buruk ke atas kuda, bahawa itu adalah amalan kejam.

“Kami menganggap penggunaan kereta kuda bagi tujuan bersiar-siar adalah benar-benar menyalahi undang-undang,” keputusan mahkamah dibacakan.

Kereta kuda berhias yang digunakan bagi membawa pelancong bersiar-siar. – AFP
Kereta kuda berhias yang digunakan bagi membawa pelancong bersiar-siar. – AFP

Ia memerintahkan kerajaan bandar supaya “memastikan penggunaan kereta kuda seharusnya dihentikan sepenuhnya pada tempoh mansuh setahun bermula hari ini.”

Mahkamah juga memerintahkan bahawa semua kandang kuda berkaitan mesti ditutup dan mengarahkan pihak berkuasa tempatan muncul dengan skim untuk membantu kira-kira 700 orang yang terlibat dalam perniagaan itu.

ARTIKEL YANG SAMA