Kereta langgar tiang

Kereta langgar tiang

Oleh Rahmat Haji Abdul Rahman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mac – Sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warga emas bersama isterinya telah melanggar sebatang tiang elektrik di selekoh laluan Kampung Wasan dan Kampung Bebuloh kira-kira 5:45 pagi tadi.

Kedua-dua penumpang yang berasal dari Kampung Ukong itu terus dikejarkan ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bagi mendapatkan rawatan lanjut dan dilaporkan penumpang wanita mengalami cedera ringan.

Akibat kemalangan itu, jalan tersebut mengalami kesesakan di kedua-dua hala laluan. Pihak polis dari Balai Polis Limau Manis masih menyiasat punca sebenar kemalangan tersebut.

Anggota polis berusaha mendirikan semula kereta yang mengalami kemalangan tersebut.
Anggota polis berusaha mendirikan semula kereta yang mengalami kemalangan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA