Kereta legenda Ferrari catat rekod jualan termahal

Kereta legenda Ferrari catat rekod jualan termahal

PARIS, 7 Feb – Ferrari legenda 1950-an telah mencipta rekod dunia 32 juta euro pada jualan lelong yang diadakan di Paris.

Tepuk sorak bergema apabila ketukan penukul pada pembidaan bagi kereta Ferrari 1957 335 S Spider Scaglietti pada pusat lelong Artcurial berhampiran Champs-Elysees.

Dalam jualan yang mendapat tarikan dari seluruh dunia, kereta lumba itu meraih 28 juta euro serta premium dan cukai yang menjadikan harga keseluruhan hanya lebih 32 juta euro.

Spider yang mengatasi catatan rekod dalam tahun 2014 apabila Ferrari 1962 250 GTO dijual kira-kira 28.9 juta euro mendapat tempat keenam di perlumbaan Sebring 12 Jam pada tahun 1957 dan kedua dalam perlumbaan jalan raya Mille Miglia 1,600 kilometer di Itali.

Kereta itu kemudian kembali ke kilang untuk ditingkatkan saiz enjinnya dari 3.6 kepada 4.1 liter yang menambah kuasa dari 360 kepada 400 kuasa kuda, yang membolehkan kelajuan tertinggi 300 kilometer sejam.

Kereta Ferrari Spider Scaglietti yang dijual dengan harga 34 juta euro. – Reuters
Kereta Ferrari Spider Scaglietti yang dijual dengan harga 34 juta euro. – Reuters

Ferrari membolehkan pengeluar Itali untuk memenangi gelaran Kejohanan Dunia Pembina dalam tahun 1957.

Identiti pembeli Spider tidak didedahkan selepas perjanjian Jumaat lalu, tetapi menetap di AS, menurut Matthieu Lamoure, pengarah besar Artcurial.

“Jelas kita tidak akan lupa kelak,” Lamoure memberitahu para pemberita selepas jualan rekod disahkan, dengan bidaan bermula pada 20 juta euro.

Mesin berkilat itu telah menjadi milik koleksi keluarga mendiang pelumba Perancis Pierra Bardinon, yang meninggal dunia pada 2012.

Pemandu legenda Britain, Mike Hawthorn memandu Spider dalam perlumbaan Le Mans 24 jam pada tahun 1957. – AFP