Kereta mewah terbakar

Kereta mewah terbakar

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mei – Sebuah kereta mewah mengalami kerosakan teruk terutamanya pada bahagian dalam kenderaan yang hangus dijilat api dalam kejadian yang berlaku di depan sebuah hotel dekat Kampung Anggerek Desa, pagi tadi.

Menurut kenyataan pasukan Bomba dan Penyelamat, kebakaran dipercayai berpunca daripada kerosakan pendawaian alat pendingin hawa.

Seramai 13 anggota bomba dan penyelamat bersama dua buah jentera dari Balai Bomba Berakas dan Unit Operasi Wanita telah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Kebakaran yang berjaya dikawal sepenuhnya selepas tiga minit itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan dan kerugian masih dalam siasatan.

Kejadian kebakaran kereta yang berlaku di hadapan sebuah hotel di Kampung Anggerek Desa.
Kejadian kebakaran kereta yang berlaku di hadapan sebuah hotel di Kampung Anggerek Desa.
Bahagian dalam kereta berkenaan yang musnah dijilat api.
Bahagian dalam kereta berkenaan yang musnah dijilat api.