Kereta, motosikal bertembung

Kereta, motosikal bertembung

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – Seorang penunggang patah tangan kiri manakala seorang kanak-kanak berusia 11 tahun cedera ringan di bahagian leher dalam kejadian kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di kawasan Jalan RIPAS menghala ke Bandar Seri Begawan, hari ini.

Pemandu kereta terbabit, seorang perempuan berusia 19 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut polis, kejadian berlaku jam 12:10 tengah hari dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

Kelihatan kereta dan motosikal yang telah rosak akibat kemalangan tersebut.
Kelihatan kereta dan motosikal yang telah rosak akibat kemalangan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA