Kereta pandu sendiri 5 tahun lagi

Kereta pandu sendiri 5 tahun lagi

DETROIT, 8 Mei (AFP) – Kereta pandu sendiri mungkin dilancarkan dalam tempoh lima tahun, kata ketua Fiat Chrysler Automobiles pada Jumaat, beberapa hari selepas syarikat itu mengumumkan satu gabungan dengan syarikat induk Google Alphabet.

Ketua eksekutif Sergio Marchionne enggan mendedahkan butir-butir kewangan perkongsian itu ataupun jadual masa untuk menghasilkan van mini yang akan mengembang ujian armada kenderaan automatik oleh syarikat Internet itu.

“Ia bukan ‘tinggi melangit’, ia adalah benar dan ia akan berlaku,” kata Marchionne.

“Orang sudah bercakap mengenai 20 tahun, saya fikir kami akan memilikinya di sini dalam tempoh lima tahun akan datang.”

Alphabet pada minggu ini mengumumkan satu gabungan dengan Fiat Chrsyler Automobiles (FCA) dalam satu perkembangan besar armada kenderaan pandu sendirinya.

Seorang pekerja membuat kerja menyelenggarakan sebuah kereta berjenama FIAT. - AP
Seorang pekerja membuat kerja menyelenggarakan sebuah kereta berjenama FIAT. – AP

Armada ujian oleh syarikat akan bertambah dua kali ganda dengan pertambahan 100 van mini Chrysler Pasifica Hibrid baru pada 2017, dengan syarikat berhasrat melancarkannya pada akhir tahun ini.

Gabungan dengan FCA menandakan kali pertama syarikat Internet di California itu bekerjasama secara langsung dengan pengeluar kereta untuk mengeluarkan kenderaan pandu sendiri.

“FCA akan mereka bentuk van mini, maka adalah senang untuk kami memasang sistem pandu sendiri kami sendiri, termasuk komputer yang memuatkan perisian pandu sendiri kami, dan sensor yang membolehkan perisian kami melihat apa yang ada di jalan raya,” kata kumpulan kereta dalam satu artikel di rangkaian sosial Google.

Reka bentuk van mini juga membuka laluan kepada jalan untuk meninjau potensi kenderaan pandu sendiri yang boleh digunakan secara besar-besaran dengan ciri-ciri seperti pintu gelongsor tanpa menggunakan tangan untuk masuk atau keluar, menurut artikel.

Alphabet berkata ia tidak memberikan lesen kepada teknologi kereta automatiknya, dan tidak akan menjual van mini pandu sendiri.

Marchionne berkata terdapatnya banyak isu yang belum diselesaikan, termasuk harga untuk kereta pandu sendiri dan ciri-ciri yang akan dibina dalam kereta berkenaan.