Kereta persendirian diarah keluar Beijing

Kereta persendirian diarah keluar Beijing

BEIJING, 8 Dis – Separuh daripada kereta persendirian Beijing diarahkan keluar daripada jalan raya hari ini dan kebanyakan tapak pembinaan serta sekolah ditutup di bawah amaran merah kerana pencemaran di ibu negara China.

Jerebu menyelubungi bandar yang mempunyai kira-kira 21.5 juta orang, dengan tahap PM2.5, zarah kecil yang memasuki ke dalam paru-paru, pada satu tahap melebihi 300 mikrogram setiap meter padu menurut kedutaan Amerika Syarikat, yang mengeluarkan bacaan bebas.

Pendedahan maksimum yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah 25. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA