Kereta persendirian diharamkan di India

Kereta persendirian diharamkan di India

NEW DELHI, 30 Dis – Berjuta-juta penduduk Delhi perlu mencari alternatif untuk bekerja mulai Jumaat, apabila pihak berkuasa melancarkan satu percubaan sekatan lalu lintas untuk membersihkan ibu negara paling dicemari di dunia.

Kereta persendirian akan diharamkan daripada jalan raya pada hari berselang seli mulai 1 Januari sebagai sebahagian daripada beberapa langkah bertujuan mengurangkan tahap asbut yang termasuk penutupan kilang tenaga yang menggunakan arang batu dan mengosongkan jalan raya untuk mengurangkan abu.

Kerajaan Delhi mengumumkan skim tersebut selepas sebuah mahkamah mengarahkan pihak berkuasa supaya mengatasi tahap pencemaran yang mencecah lebih 10 kali daripada had selamat yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Ia akan diadakan dalam tempoh percubaan selama dua minggu, tetapi ramai pengulang-alik bimbang kerajaan tidak mempunyai banyak pilihan kecuali memperkenalkan pengharaman jangka panjang memandangkan skala masalah yang dihadapi.

Bagaimanapun, pengkritik mengingatkan langkah tersebut tidak dapat dikuasakuasa di sebuah bandar di mana peraturan lalu lintas telahpun dilanggar secara rutin.

Pejalan kaki menyeberangi jalan yang penuh sesak melalui jejantas pada waktu sibuk.- AFP
Pejalan kaki menyeberangi jalan yang penuh sesak melalui jejantas pada waktu sibuk.- AFP

“Cabaran terbesar adalah membuat orang sedar bahawa kempen ke atas pencemaran adalah untuk mereka, untuk kesihatan mereka, untuk kebaikan mereka,” beritahu menteri pengangkutan Delhi Gpal Rai kepada AFP.

Mereka hanya akan menipu diri mereka sendiri dengan ‘jugaad.’ Tidak adanya butang ajaib yang akan membuat pencemaran lenyap. Kami mesti bertindak sekarang.’

Untuk menghadapi dan mengatasi tekanan tambahan yang dialami oleh rangkaian pengangkutan awam, kerajaan Delhi telah mengupah kira-kira 3,000 bas persendirian untuk membekalkan perkhidmatan pengangkutan di bandar dari kawasan perumahan.

Sekolah telah diarah tutup sehingga tempoh percubaan berakhir pada 15 Januari supaya bas mereka boleh beroperasi.

Polis lalu lintas dan 10,000 anggota sukarelawan akan mengawasi kereta di tempat pemeriksaan di seluruh bandar dan mereka yang melanggar peraturan akan dikenakan denda sebanyak 2,000 rupee – denda yang mahal untuk penduduk biasa. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA