Kereta rempuh café 18 cedera

Kereta rempuh café 18 cedera

SYDNEY, 9 Jun (AFP) – Lapan belas orang tercedera hari ini apabila sebuah kereta merempuh sebuah kafe di bandar terpencil Australia, melanggar silinder gas dan mencetuskan letupan, dengan seorang saksi menggambarkan ‘keadaan yang benar-benar huru hara’

Kereta berkenaan tiba-tiba merempuh Kafe Serves You Right Cafe di Ravenshoe, sebuah bandar kecil kira-kira 1,710 kilometer utara bandar negeri Queensland, Brisbane, sekitar tengah hari, jurucakap polis memberitahu AFP. Dia berkata “Akibat kemalangan itu, sebiji silinder gas telah terbakar dan kemudian bangunan itu terbakar.”

Seorang jurucakap wanita Perkhidmatan Ambulans Queensland berkata 18 orang dirawat bagi kecederaan mereka dengan tiga dari mereka cedera teruk. mereka diterbangkan ke hospital-hospital berhampiran.

Lapan orang lagi mengalami kecederaan ringan hingga sederhana dan dikejarkan ke tiga buah hospital di rantau itu, dengan pesakit-pesakit selebihnya mengalami kecederaan ringan.

ARTIKEL YANG SAMA