Kereta ‘rempuh’ pam stesen minyak

Kereta ‘rempuh’ pam stesen minyak

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 15 Jun – Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Kuala Belait dan Seria telah berkejar ke tempat kejadian ‘kemalangan’ yang berlaku di Stesen Minyak Syarikat Perniagaan Melayu Sdn Bhd di Jalan Panglima, Belait setelah menerima panggilan kecemasan kira-kira 10 pagi tadi.

‘Kemalangan’ itu berpunca apabila seorang pemandu kereta salun gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan melanggar salah sebuah pam stesen minyak tersebut.

Impak daripada pelanggaran itu telah mengakibatkan tumpahan minyak dan kebakaran, manakala mangsa yang terlibat dalam pelanggaran itu telah diselamatkan oleh pekerja pam minyak yang menunggu ketibaan anggota bomba dan penyelamat dan pasukan paramedik ke tempat kejadian.

Situasi mencemaskan ini adalah merupakan latihan kecemasan yang dikendalikan oleh pihak pengurusan syarikat berkenaan yang diadakan di kawasan premis itu.

Latihan tersebut juga dijayakan bersama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Operasi B Cawangan Daerah Belait dan disaksikan oleh beberapa kakitangan dari Brunei Shell Marketing (BSM).

Beberapa kakitangan bomba cuba memadam ‘kebakaran’ tersebut.
Beberapa kakitangan bomba cuba memadam ‘kebakaran’ tersebut.
Dua buah jentera bomba yang dikejarkan ke stesen minyak tersebut.
Dua buah jentera bomba yang dikejarkan ke stesen minyak tersebut.
Antara mereka yang terlibat dalam latihan kecemasan di stesen minyak tersebut.
Antara mereka yang terlibat dalam latihan kecemasan di stesen minyak tersebut.

Antara lain objektif latihan itu, adalah untuk menguji Pelan Tindakan Kecemasan selain untuk mengawasi kecekapan tindakan Pembantu Kecemasan dan Marsyal Bomba syarikat berkenaan dalam menangani kejadian kecemasan yang berlaku di sekitar tempat bekerja.

Latihan tersebut dikendalikan bersama dua kakitangan dari BSM, Pengiran Haji Shariful bin PSI Pengiran Haji Ismail dan Dayang Siti Fairuzhaironnie binti Dato Paduka Haji Wahab, Pengurus Syarikat Perniagaan Melayu Sdn Bhd iaitu Awang Hambalee bin Haji Mohd Yunus serta Pegawai Menguasa Balai Bomba Kuala Belait iaitu Awang Zulkefli bin Alimas.

ARTIKEL YANG SAMA