Kereta rempuh penghadang jalan

Kereta rempuh penghadang jalan

Oleh Rahmat Haji Abdul Rahman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mac – Gara-gara brek kereta tidak berfungsi, seorang pemandu warga asing merempuh penghadang jalan dan mengalami kecederaan dalam kejadian di selekoh pusingan U Jalan Wasai Limuru, Rancangan Perumahan Negara Kampung Tanah Jambu, petang tadi, di sini.

Menurut pemandu lelaki warga Bangladesh itu, brek keretanya tiba-tiba tidak berfungsi apabila ditekan untuk membelok di selekoh pusingan U.

Dalam kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka dan tangan akibat terkena serpihan kaca cermin depan, dan mendapat rawatan kecemasan daripada paramedik sebelum dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha untuk rawatan lanjut.

Keadaan kereta tersebut setelah merempuh penghadang jalan di selekoh pusingan U.
Keadaan kereta tersebut setelah merempuh penghadang jalan di selekoh pusingan U.

Berikutan kejadian itu, pegawai polis dari Balai Polis Pekan Muara yang menyiasat kemalangan berkenaan telah mengenakan bond sebanyak $500 kepada lelaki warga asing berkenaan memandangkan insurans kereta dilindungi oleh ‘pihak ketiga’ dan mana-mana kemalangan yang merosakkan harta kerajaan akan ditanggung sendiri oleh pemandu.

ARTIKEL YANG SAMA