Kereta rosak teruk terlanggar babi hutan

Kereta rosak teruk terlanggar babi hutan

Oleh Yusrin Junaidi

 

TUTONG, 4 April – Gara-gara terlanggar seekor babi hutan, seorang pemandu hampir hilang kawalan menyebabkan bahagian depan keretanya rosak teruk dalam satu kejadian yang berlaku di jalan kecil Batang Mitus pagi ini.

Balai Polis Lamunin menerima panggilan pada jam 7:12 pagi mengenai kejadian melibatkan sebuah kereta dan seekor babi hutan yang sedang menyeberang jalan.

Bagaimanapun, lelaki tempatan berusia 23 tahun yang memandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis Diraja Brunei menasihatkan kepada pengguna jalan raya supaya berhati hati memandu kenderaan dan sentiasa mengikut arahan yang diberikan.

Keadaan kereta seorang lelaki tempatan rosak teruk selepas terlanggar babi hutan.
Keadaan kereta seorang lelaki tempatan rosak teruk selepas terlanggar babi hutan.

ARTIKEL YANG SAMA