Kereta terbabas akibat mengantuk

Kereta terbabas akibat mengantuk

Oleh Rahmat bin Haji Abdul Rahman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Nov – Padah terlelap seketika menjadi punca sebuah kenderaan salon terbabas ke tempat semak di sekitar kawasan Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Serasa pada jam 6:30 pagi tadi.

Menurut pemandunya, kemalangan itu berpunca akibat terlalu mengantuk selepas menghantar anaknya ke sekolah berkenaan pada awal pagi.

pg06_151105_a

Pemandunya yang dalam keadaan terkejut, tidak mengalami sebarang kecederaan namun bahagian hadapan dan bawah kenderaan didapati rosak.

Bagaimanapun kemalangan tersebut masih lagi dalam siasatan Balai Polis Pekan Muara.

ARTIKEL YANG SAMA