Kereta terbakar dekat Kiulap

Kereta terbakar dekat Kiulap

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 April – Seorang lelaki warganegara asing berjaya menyelamatkan diri selepas keretanya terbakar dekat Pusing Keliling Kiulap, petang tadi.

Pihak polis berkata, mereka menerima panggilan kecemasan berkenaan sebuah kereta terbakar pada jam 4:44 petang.

Beberapa anggota Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian beberapa minit kemudian untuk memadamkan kebakaran dan berjaya dikawal dalam masa hanya beberapa minit.

Kereta milik seorang lelaki warga asing yang terbakar dekat Pusing Keliling Kiulap.
Kereta milik seorang lelaki warga asing yang terbakar dekat Pusing Keliling Kiulap.

Siasatan masih lagi dijalankan dan anggaran kerugian masih disiasat. Tiada kecederaan mahupun kehilangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Kerosakan kereta mangsa melibatkan bahagian enjin, kedua-dua lampu hadapan dan bumper hadapan akibat kebakaran itu.

ARTIKEL YANG SAMA