Kereta terbakar di Jalan Jerudong

Kereta terbakar di Jalan Jerudong

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Sebuah kereta jenis salun terbakar apabila terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta jenis wagon di Kilometer 5 Jalan Jerudong, petang tadi.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei, kemalangan berlaku di jalan menghala ke Pantai Jerudong berkenaan adalah sekitar jam 3 petang. Berikutan kejadian itu jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerudong dikerahkan ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dikawal hanya dalam masa beberapa minit.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pemandu yang berumur 44 dan 24 tahun hanya mengalami cedera ringan, sementara punca kemalangan dan kerugian masih lagi dalam siasatan.

ARTIKEL YANG SAMA