Kereta terbakar, pemandu selamat

Kereta terbakar, pemandu selamat

Oleh Hajah Saemah Kepli

SERIA, 19 Ogos – Sebuah kereta rentung dalam kejadian kebakaran yang berlaku di tepi jalan kawasan Simpang 286 hala masuk ke RPN Kampung Lumut berdekatan dengan Masjid Kampung Lumut, di sini, malam tadi.

Pasukan Polis Diraja Brunei mengesahkan kejadian berkenaan yang berlaku kira-kira pukul 7:25 malam, di mana pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dilaporkan, pemandu kereta berkenaan sedang dalam perjalanan balik ke Batalion Tiga Kampung Lumut apabila kejadian berlaku, bagaimanapun pihak polis masih menyiasat punca sebenar kejadian.

Kejadian kereta hangus di kawasan Jalan Lumut malam tadi masih dalam siasatan pihak polis.
Kejadian kereta hangus di kawasan Jalan Lumut malam tadi masih dalam siasatan pihak polis.

ARTIKEL YANG SAMA