Kereta terbakar, tiada korban jiwa

Kereta terbakar, tiada korban jiwa

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Julai – Sebuah kereta jenis super mini dilaporkan terbakar dalam kejadian yang berlaku di perkarangan rumah di Jalan Bukit Bintagur, Perpindahan Kampung Panchor Mengkubau.

Pasukan Bomba dan Penyelamat melaporkan bahawa pihak mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1 petang dan segera mengerahkan lima orang anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba Mentiri dengan diketuai oleh Anggota Bomba Kanan, Haji Jemluddin bin Haji Matzin.

Menurut pihak bomba, apabila tiba di tempat kejadian, api besar sudah pun memusnahkan keseluruhan kereta berkenaan

Tiada korban jiwa dilaporkan dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Kereta yang terbakar di tempat kejadian.
Kereta yang terbakar di tempat kejadian.

ARTIKEL YANG SAMA