Kereta terbakar

Kereta terbakar

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Dis – Satu kejadian kereta terbakar telah dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira pukul 9:24 malam tadi, yang berlaku berdekatan Soon Lee, Kampung Sungai Kebun.

Dua buah jentera bomba bersama lapan orang anggota dari Balai Bomba dan penyelamat Sungai Kebun yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Balai, Maidin bin Haji Idris telah dikerahkan ke tempat kejadian.

Pihak bomba dalam kenyataannya berkata, apabila tiba di tempat kejadian, api besar telah membakar sebuah kereta jenis Hyundai Accent berwarna putih, bagaimanapun tiada korban jiwa dilaporkan.

Hasil siasatan, punca kejadian adalah meragukan, dan kerugian dianggar hanya dalam $100.