Kereta terbalik, pemandu selamat

Kereta terbalik, pemandu selamat

Oleh Hajah Saemah Kepli

SERIA, 30 April – Seorang lelaki terselamat tanpa sebarang kecederaan apabila kereta salon yang dipandunya terbalik ke dalam semak semasa kemalangan sendiri yang berlaku di kawasan Jalan Bypass Lumut Seria, kira-kira pukul 6 petang tadi.

Menurut pemandu itu, kejadian berlaku apabila dia cuba mengelak sebuah kereta yang tiba-tiba datang ke arah laluannya, dan menyebabkan dia hilang kawalan dan terhumban masuk ke dalam semak di bahu jalan berkenaan.

Jika dilihat daripada keadaan keretanya, memang pemandu atau penumpangnya boleh mengalami kecederaan, “tetapi saya rasa bersyukur kerana saya dapat menyelamatkan diri keluar daripada kereta,” kata pemandu terbabit.

Pemandu kereta ini terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Pemandu kereta ini terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

ARTIKEL YANG SAMA