Kereta terhumban ke hutan

Kereta terhumban ke hutan

Oleh Rahmat bin Haji Abdul Rahman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Seorang lelaki yang berasal dari Rancangan Perumahan Negara Kampung Bukit Sibanging bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan apabila kereta yang dipandunya terhumban ke dalam hutan kira-kira 100 kaki dari jalan raya utama.

Berikutan kejadian itu, ambulan dan paramedik terus berkejar ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan untuk merawat mangsa sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Tiga anggota polis trafik telah dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengawal lalu lintas sebelum pegawai penyiasat dari Balai Polis Berakas tiba.

Menurut ayah mangsa, anaknya menceritakan bahawa keretanya seperti ditarik sesuatu sebelum kemalangan berlaku.

Kelihatan kenderaan jauh terhumban dari jalan raya utama.
Kelihatan kenderaan jauh terhumban dari jalan raya utama.

ARTIKEL YANG SAMA