Kerja amal di Masjid Pengiran PAP Hajah Rashidah

Kerja amal di Masjid Pengiran PAP Hajah Rashidah

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Kumpulan Sparkly Domestic Divas terdiri daripada warga tempatan yang menawarkan khidmat pembersihan dan penjagaan, hari ini melaksanakan kerja-kerja amal membersihkan kawasan Masjid Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar.

Seramai 10 ahli kumpulan itu merangkumi ibu-ibu tunggal, melakukan kerja-kerja pembersihan di dalam dan luar masjid itu sebagai kerja amal pertama mereka semenjak ditubuhkan pada Ogos lalu.

Menurut ketua kumpulan itu, Dayang Santy Allim, penubuhan kumpulan itu adalah untuk membantu ibu-ibu tunggal yang bekerja dan memberi peluang kepada pelanggan untuk memberikan kepercayaan kepada warga tempatan menawarkan perkhidmatan yang lazimnya dilakukan oleh warga asing.

Anggota Sparkly Domestic Divas melakukan kerja-kerja amal membersih masjid.
Anggota Sparkly Domestic Divas melakukan kerja-kerja amal membersih masjid.

Nama Divas dipilih dalam usaha menaikkan taraf mereka, sekali gus mengindahkan lagi nama panggilan berbanding panggilan pembantu amah sementara, tambahnya.

Menurut Dayang Santy lagi, kumpulan itu yang berpusat di Daerah Brunei dan Muara mempunyai ahli di Daerah Tutong dan Belait yang mana perkhidmatan mereka mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai semenjak ia ditubuhkan.

ARTIKEL YANG SAMA