Kerja keras kunci kejayaan Azzurri

Kerja keras kunci kejayaan Azzurri

PARIS, 28 Jun (AFP) – Jurulatih Itali, Antonio Conte berkata, kerja keras yang ditunjukan barisan pemainnya membolehkan mereka menyingkirkan juara bertahan Sepanyol daripada saingan Euro 2016.

Jaringan Giorgio Chiellini dan Graziano Pelle membolehkan skuad Conte mara dengan kemenangan 2-0 mengatasi juara bertahan dua kali, sekali gus membalas dendam kekalahan 0-4 mereka di pentas final Euro 2012.

“Sejak mula mengambil alih, saya sentiasa berkata kepada mereka hanya kerja keras seperti satu pasukan membolehkan mereka meraih kejayaan.

“Kami tidak boleh bermain seperti sekumpulan pemain sahaja. Tiada sebab untuk saya sorokkan perkara penting seperti ini.

“Secara dasarnya kami tidak boleh berundur ke belakang dengan barisan pemain hebat kerana kami memiliki pemain yang baik secara keseluruhan.

Antonio Conte menjalankan latihan bersama anak-anak didiknya. – AFP
Antonio Conte menjalankan latihan bersama anak-anak didiknya. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Saya bekerja keras selama dua tahun untuk memastikan semua orang faham tentang perkara ini dan kami adalah sebuah pasukan.

“Kami sudah bekerja keras selama lebih sebulan, secara taktikal dan fizikal dalam usaha untuk mengejutkan orang ramai dan kami berjaya melakukannya,” kata Conte yang akan menyertai Chelsea selepas tamat saingan Euro.

Laluan ke final buat pasukan Conte bukan sesuatu yang mudah kerana mereka bakal berdepan juara dunia, Jerman di suku akhir pada Sabtu ini.

ARTIKEL YANG SAMA