Kerja keras, rangkaian sosial bantu perniagaan baru

Kerja keras, rangkaian sosial bantu perniagaan baru

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Julai – Dalam menceburi bidang perniagaan pelancongan, kerja keras adalah bahagian yang paling penting dalam menjalankan perniagaan dan rangkaian sosial juga memainkan peranan besar dalam membantu untuk menggalakkan pertubuhan perniagaan baru

Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Urusan, At-Taqwa Travel and Tours, Awang Rosdimar bin Omar semasa berucap pada majlis sambutan ulang tahun pertama ejen pelancongan tersebut yang berlangsung di pejabat syarikat berkenaan, di Tungku Link, hari ini.

Menurut Awang Rosdimar, dengan dilengkapi lebih daripada 15 tahun pengalaman bekerja dalam industri pelancongan, beliau memilih untuk menjalankan perniagaan sendiri dalam industri pelancongan dan selepas setahun berlalu beliau bersyukur bahawa ejen At-Taqwa Travel and Tours, ini berjalan dengan baik dan lancarnya.

“Kami memberi tumpuan kepada kualiti dan perkhidmatan di mana agensi pelancongan kami menawarkan perkhidmatan tambahan kepada pelanggan-pelanggan kami, daripada tempahan dan pengeluaran tiket udara saat akhir, pemindahan pembayaran dalam talian, penghantaran tiket penerbangan sehingga masuk, yang adalah di atas permintaan daripada pelanggan kami,” ujarnya.

Gambar ramai Awang Rosdimar (duduk tengah) bersama pegawai dan kakitangan At-Taqwa Travel and Tours semasa majlis sambutan ulang tahun pertama ejen pelancongan tersebut di Tungku Link, kelmarin.
Gambar ramai Awang Rosdimar (duduk tengah) bersama pegawai dan kakitangan At-Taqwa Travel and Tours semasa majlis sambutan ulang tahun pertama ejen pelancongan tersebut di Tungku Link, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA