Kerja membersih dimulakan selepas ribut taufan

Kerja membersih dimulakan selepas ribut taufan

WASHINGTON, 25 Dis (Reuters) – Krew pemulihan dan para pekerja utiliti semalam mula membersihkan kerosakan meluas akibat ribut taufan yang membawa puting beliung di seluruh enam buah negeri di Selatan dan Midwest, AS, mengorbankan kira-kira 14 orang dan memusnahkan banyak rumah.

Pengisytiharan kecemasan dikeluarkan di Missisippi dan Tennesse, dua negeri yang teruk terjejas oleh cuaca teruk Rabu lalu yang juga merumitkan rancangan percutian bagi para pelancong yang berhasrat mengisi hujung minggu percutian panjang mereka.

Dengan kira-kira 100 juta warga Amerika dijangka membuat perjalanan pada cuti Krismas, kebanyakan mereka dengan menaiki kereta, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan meramalkan ribut petir teruk berasingan dari rantau tengah Atlantik hingga Pantai Teluk dan mencatatkan kepanasan di New York.

Sistem ribut Rabu lalu mencetuskan lebih 20 puting beliung di Arkansas, Illinois, Indiana, Mississippi, Tennesse dan Michigan, menurut pihak berkuasa.

Satu puting beliung besar telah meredah laluan 160 km di utara Mississippi, mengakibatkan kerosakan teruk lebih 100 rumah dan bangunan lain sebelum melanda barat Tennessee, menurut pihak berkuasa lagi.

Gabenor Mississippi Phil Bryant mengisytiharkan perintah darurat di kawasan yang terjejas dengan mengatakan 14 puting beliung telah mendarat di negerinya. Bryant berkata tujuh orang terbunuh dan seorang lagi dilaporkan hilang.

“Semua orang bersatu di sini di Mississippi hari ini untuk membantu memberi respons kepada bencana ini,” Bryant berkata di CNN.

Menurutnya tempat perlindungan telah diwujudkan dan takat kerosakan belum diketahui selama beberapa hari.