Kerja menyelamat mangsa runtuhan diteruskan

Kerja menyelamat mangsa runtuhan diteruskan

MARIANA, Brazil, 8 Nov – Pada hari ketiga semalam para penyelamat melancarkan usaha mencari di tempat kejadian lumpur runtuh dan lumpur lombong menimbus sebuah kampung di tenggara Brazil, dengan kira-kira dua orang terbunuh dan 28 orang dilaporkan hilang.

Beratus-ratus anggota bomba, tentera dan pekerja pertahanan awam memeriksa lumpur besar yang telah menelan segala-galanya dalam laluannya, bagi mangsa-mangsa yang terselamat.

Pencarian itu ditangguhkan pada waktu senja kerana “ia adalah kawasan berisiko tinggi yang sukar dimasuki,” kata Duarte Goncalves Junior, datuk bandar bagi bandar berhampiran, Mariana.

Tragedi itu berlaku apabila tadahan sisa-sisa di lombong bijih timah Samarco yang sebahagiannya milik Australia pecah, mengeluarkan lautan lumpur yang menimbus kampung berhampiran, Bento Rodrigues pada Khamis lalu.

Kerja-kerja menyelamat yang dijalankan oleh sukarelawan dan pasukan penyelamat memasuki hari ketiga semalam di tapak runtuhan di sebuah kampung di tenggara Brazil. - AFP
Kerja-kerja menyelamat yang dijalankan oleh sukarelawan dan pasukan penyelamat memasuki hari ketiga semalam di tapak runtuhan di sebuah kampung di tenggara Brazil. – AFP

Sejak itu gelombang lumpur meneruskan kemusnahannya, menimbus kawasan berhampiran dan plaza utama di bandar Barra Longa 60 kilometer jauhnya tetapi tidak mengakibatkan kematian di sana, seorang jurucakap pejabat datuk bandar memberitahu AFP.

Keluarga-keluarga mangsa yang hilang sedaya upaya mencari berita tentang insan kesayangan mereka, di tengah maklumat rasmi yang secara meluas sangat berbeza sekali.

Pihak berkuasa telah memberikan angka kematian bercanggah dan juga kehilangan dalam dan sekitar kampung Bebto Rodrigues. Tetapi terdapat kiraan berbeza kematian dan kecederaan dari bidang kuasa dalam dan berhampiran zon bencana.

Bilangan orang yang tidak dapat dipastikan yang masih tidak dapat dikesan di berhampiran Bento Rodrigues, sebuah kampung dengan penduduk kira-kira 620 orang.