Kerjasama industri gaharu di Laos

Kerjasama industri gaharu di Laos

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) – The Global Outstanding Chinese 100 Organisation of Singapore (GOC100) telah bekerjasama dengan Aseagate (M) Sdn Bhd dan Richwood Capital Sdn Bhd bagi memasuki industri kayu gaharu di Laos.

Ketua Pegawai Eksekutif Richwood Capital, Kendrick Ho Qing Tyat berkata kos pelaburan untuk setiap pokok adalah sebanyak AS$90 dan 200,000 pokok akan ditanam dalam fasa pertama projek itu.

Gaharu, juga dikenali sebagai oud, oodh atau agar merupakan resin dari teras kayu yang mempunyai nilai yang tinggi dalam banyak budaya disebabkan bau harumnya yang istimewa, ia dipakai sebagai ukupan dan minyak wangi.

“Proses inokulasi akan mengambil 3-5 tahun, jadi dalam masa yang sama, kami akan juga memberi tumpuan kepada sektor hiliran seperti menjual daun teh gaharu,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di sini hari ini. GOC100 yang telah mendapat konsesi eksklusif untuk perladangan gaharu daripada Kementerian Pertanian dan Perhutanan Kerajaan Lao Tengah telah menandatangani MoU dengan Aseagate, dimana syarikat itu diberikan hak bagi menguruskan penanaman gaharu di atas seluas 2,000 hektar wilayah Bolikhamsai, Laos.

Aseagate, seterusnya, memeterai satu lagi MoU dengan Richwood Capital bagi pengurusan, inokulasi dan bekalan gaharu dalam negara tersebut.

Perlaksanaan kedua-dua MoU itu, yang akan dibuat pada Mac, akan membuka jalan bagi Aseagate untuk mendapatkan pokok gaharu dari GOC100 dengan anggaran nilai kontrak sebanyak AS$200 juta.

Setiausaha Agung GOC100 Peter Lee berkata projek itu telah menarik minat daripada pelabur China, sambil menambah usaha ini merupakan tingkat pertama daripada empat fasa yang akan dilaksanakan dalam tempoh enam hingga lapan tahun.

“Kami teruja untuk memulakan operasi dan mengambil peluang daripada industri yang bernilai US$8 bilion yang merangkumi minyak wangi, aromaterapi, kemenyan dan alat solek.

“Gaharu adalah lebih mahal daripada emas dengan harga runcit antara AS$5,600 dan AS$10,000 setiap kilogram,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA