Kerjasama Myanmar, PBB dalam anti-keganasan

Kerjasama Myanmar, PBB dalam anti-keganasan

YANGON, 8 Julai – Myanmar dan Pejabat PBB bagi Dadah dan Jenayah (UNODC) telah bekerjasama dalam anti-keganasan bersama agensi PBB bagi membantu Myanmar untuk membina keupayaan dalam pencegahan perbuatan pengganas, media rasmi melaporkan hari ini.

Mesyuarat tiga hari itu, yang dianjurkan bersama oleh Pasukan Polis Myanmar dan UNODC, telah dijalankan di Nay Pyi Taw sejak Rabu lalu yang melibatkan pakar-pakar asing untuk menangani insiden pengganas, operasi pengganas di Asia dan pengumpulan maklumat, kongsisama dan kerjasama di kalangan organisasi tempatan dalam memerangi organisasi pengganas.

Mesyuarat itu meliputi program pembinaan kapasiti bagi menggalakkan kerjasama Myanmar dalam memerangi keganasan di dalam peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Delegasi daripada Myanmar itu diketuai oleh Polis Bri-Gen Myint Htoo, Ketua Jabatan Jenayah Transnasional Bersatu, manakala delegasi daripada UNODC itu telah diketuai oleh wakilnya Thanawan Klumklochit. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA