Kerjasama PBB-ASEAN bawa keamanan dan keselamatan a/bangsa

Kerjasama PBB-ASEAN bawa keamanan dan keselamatan a/bangsa

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) – Kerjasama kukuh antara ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) boleh menyumbang secara meluas kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa, pembangunan lestari dan pertumbuhan ekonomi yang saksama, perlindungan hak asasi manusia serta mewujudkan masyarakat yang berorientasikan rakyat.

Wakil Tetap Malaysia di PBB Datuk Ramlan Ibrahim berkata hanya melalui pengukuhan kerjasama itu, negara anggota boleh mengambil kesempatan penuh terhadap peluang semasa dan masa depan serta bertindak balas secara berkesan terhadap cabaran serantau dan global.

“ASEAN percaya bahawa kita akan dapat akan menyumbang secukupnya dengan cara berkongsi amalan terbaik dan pengalaman mengenai pencegahan konflik, keamaman, usaha membina keamanan dan penglibatan kerjasama dengan PBB dan semua negara anggota,” katanya.

Beliau berucap demikian semasa Debat Peringkat Tinggi mengenai Memperkukuhkan Kerjasama antara PBB dan Wilayah serta Pertubuhan Subserantau mewakili ASEAN pada sesi ke-69 PBB, di New York pada hari Isnin.

Abdul Rahim berkata mereka juga perlu meneroka inovasi dan bidang kerjasama baharu bagi mengukuhkan lagi kerjasama PBB-ASEAN.