Kerjasama SCB, Fashion Valet

Kerjasama SCB, Fashion Valet

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Bank Standard Chartered (SCB) telah bergabung dengan Fashion Valet dalam kerjasama eksklusif untuk membawa pengalaman kedai Fashion Valet pertama ke Brunei.

SCB dalam satu kenyataan berkata, Kedai Fashion Valet akan berlangsung dari 11 Jun hingga 17 Jun di Indera Kayangan Ballroom, The Empire Hotel & Country Club dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Ahli Kad Kredit Standard Chartered dialu-alu datang secara eksklusif pada 11 Jun ke kedai tersebut untuk melihat dan membeli koleksi Raya Fashion Valet serta menikmati potongan 10 peratus.

Antara koleksi eksklusif Raya Fashion Valet yang boleh dibeli di kedai adalah Alia B., Syomirizwa Gupta, nh by Nurita Harith, emel by Melinda Looi, Poplook Premium, Mimpikita dan banyak lagi. Pereka fesyen popular Rizman Ruzaini dan Alia Bastamam juga akan hadir pada acara itu untuk bertemu dengan pelanggan potensi serta memperkenalkan koleksi mereka untuk musim ini.

Ketua Hal Ehwal Korporat, Jenama & Pemasaran SCB, Marilyn Graeme berkata, Fashion Valet adalah peruncit online yang amat popular di Brunei dan beliau percaya acara ini akan menjadi penga-laman yang menyeronokkan untuk pelanggan SCB di mana mereka akan melihat sendiri previu koleksi untuk musim perayaan.

Pelanggan yang berminat yang memohon kad kredit Standard Chartered ketika acara itu akan menerima beg cenderahati Fashion Valet untuk 50 pelanggan pertama tertakluk kepada kebenaran pada acara berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA