Kerjasama siasat misteri kapal

Kerjasama siasat misteri kapal

JAKARTA, 23 Nov – Indonesia telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Netherlands untuk menyiasat kehilangan misteri beberapa nahas kapal Perang Dunia Kedua – yang dianggap kubur perang – di dasar Laut Jawa, kata perdana menteri Belanda hari ini.

Penemuan baru-baru ini mengenai kira-kira enam kapal perang Belanda dan Britain karam pada tahun 1942 telah hilang dari dasar laut mengakibatkan rasa terkejut di Eropah, dan menuntut bagi jawapan.

Para penyiasat percaya bangkai kapal tentera itu – hilang semasa Pertempuran Laut Jawa – telah dipindahkan oleh pencari bahan-bahan buangan haram yang mencari logam buangan, satu usaha yang boleh mengambil masa bertahun-tahun.

Lebih 900 kelasi Belanda dan 250 Peranakan Belanda terkorban semasa pertempuran yang mana tentera laut Bersekutu mengalami kekalahan teruk oleh Tentera Laut Empayar Jepun.

Indonesia pada awalnya enggan untuk bertanggungjawab atas kesalahan mengenai kapal-kapal yang hilang, berkata ia tidak diminta untuk melindungi bangkai kapal tersebut, oleh itu ia tidak bertanggungjawab ke atasnya.

Mark Rutte (kiri) ketika bertemu Joko Widodo di istana presiden di Jakarta pada 23 November. – AFP
Mark Rutte (kiri) ketika bertemu Joko Widodo di istana presiden di Jakarta pada 23 November. – AFP

Namun Jakarta sejak itu bersetuju untuk bekerjasama dengan bekas pemerintah kolonial The Netherlands untuk menyiasat kemisterian itu, kata Perdana Menteri Mark Rutte berikutan mesyuarat bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada Indonesia atas tawarannya untuk bekerjasama selepas kami mengetahui mengenai berita sedih mengenai bangkai kapal tersebut,” kata Rutte di istana kerajaan.

“Kami akan bekerjasama untuk mencari penjelasan tentang apa yang berlaku dan kami akan berkoordinasi pada masa akan datang.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA