Kerjasama tiga negara sekatan ‘kuat’ untuk Korea U

Kerjasama tiga negara sekatan ‘kuat’ untuk Korea U

SEOUL, 9 Feb – Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye bercakap bersama Presiden AS, Barack Obama dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe hari ini, bersetuju untuk sekatan PBB yang ‘lebih kuat dan berkesan’ ke atas Korea Utara berikutan pelancaran roket pada hujung minggu lalu.

Korea Utara berkata ia meletakkan satelit ke orbit pada Ahad lalu, tetapi AS dan sekutunya melihat pelancaran itu sebagai menutupi perkembangan teknologi misil balistik Pyongyang yang mungkin digunakan untuk membawa senjata nuclear di seluruh Laut Pasifik.

Dalam temubual menerusi telefon hari ini, Park dan Obama bersetuju dengan berbagai sekatan di luar PBB yang juga perlu untuk menghukum Korea Utara, kata pejabat Park, dalam satu kenyataan.

Majlis Keselamatan PBB pada Ahad lalu dengan kuat membidas pelancaran roket Korea Utara dan berjanji untuk mengambil tindakan, sementara Washington berikrar untuk memastikan 15 negara mengenakan ‘tekanan serius’ ke atas Pyongyang secepat mungkin.

Bagaimana pun, China, sekutu utama Korea Utara dan ahli yang memegang kuasa veto dalam Majlis Keselamatan PBB, menentang sekatan yang diminta oleh AS dan Korea Selatan itu berikutan ujian peranti nuclear Utara pada 6 Januari lalu yang didakwa Pyongyang adalah bon hydrogen.

Pegawai kanan AS semalam berkata China bersetuju bagi sebarang resolusi baru PBB ke atas Korea Utara yang melibatkan sekatan tambahan dan melalui langkah – langkah sebelumnya, tetapi Washington menggesa Beijing untuk meletakkan lebih banyak tekanan ke atas Pyongyang.

China berada dalam ‘kedudukan unik’ sebagai jiran Korea Utara dan sekutu untuk mematuhinya bagi menghentikan senjata nuklearnya dan program misil balistik, pegawai itu memberitahu Reuters.

Sekatan yang dicadangkan tidak dibuat secara terbuka, tetapi seorang diplomat memberitahu Reuters bahawa Washington berharap untuk mengetatkan larangan antarabangsa ke atas sistem perbankan Korea Utara. Beijing enggan untuk menyokong langkah itu bagi ketakutan akan memburukkan lagi keadaan di negara jirannya itu, kata diplomat. – Reuters

Minggu ini, pemerintah tertinggi AS akan membincangkan pelancaran satelit terbaru Korea Utara bersama rakan sejawatannya dari Jepun dan Korea Selatan sebagai sebahagian dari usaha untuk mengukuhkan hubungan tentera diantara tiga buah negara, kata pegawai pertahanan AS semalam. – Reuters