Kerongkong pelajar terpotong ketika bermain

Kerongkong pelajar terpotong ketika bermain

WELLINGTON, 7 April (AFP) – Dua orang pelajar dari sekolah eksklusif New Zealand dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan pada leher apabila produksi ‘Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street’ menjadi nyata, menurut para pegawai hari ini. Pelajar-pelajar lelaki berusia 16 tahun itu yang mengalami kecederaan ketika menyertai muzikal tentang tukang gunting yang suka membunuh, yang mengelar leher mangsa-mangsanya pada malam semalam, Kolej Saint Kentigern.

Ketua Kolej itu, Steve Cole berkata leher remaja-remaja itu tercedera apabila alatan tidak berfungsi. Kedua-dua remaja itu dikejarkan ke hospital Auckland, dengan para pegawai ambulans mengatakan kecederaan salah seorang remaja itu sebagai serius dan keadaan seorang lagi sederhana.

ARTIKEL YANG SAMA