Kerosakan beg udara berpunca daripada kelembapan

Kerosakan beg udara berpunca daripada kelembapan

TOKYO, 24 Feb (AFP) – Satu pakatan pembuat kereta terbesar dunia telah mengenal pasti punca utama di sebalik kerosakan beg udara dari syarikat pembekal Jepun Takata, yang telah dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 10 kematian seluruh dunia.

Pakatan Ujian Bebas (ITC) , satu kumpulan 10 syarikat termasuk Toyota, General Motors dan BMW berkata hasil ujian mendapat tiga faktor di sebalik kerosakan membawa maut itu, kesemuanya dikaitkan kepada kelembapan.

Laporannya, yang diterbitkan lewat kelmarin, mendapati percampuran kekurangan kimia menyerap air, reka bentuk tidak mencukupi dan suhu tinggi boleh menyebabkan beg-beg udara pecah.

Dapatan itu sejajar dengan kesangsian kimia yang digunakan untuk mengembang beg udara Takata boleh menjadi tidak stabil, terutama dalam keadaan panas dan lembap.

Kecacatan itu bermakna beg udara itu boleh keluar dengan kuasa daya letupan, menyebabkan serpihan besi dan plastik meluru ke arah pemandu dan penumpang, dalam beberapa kes boleh menyebabkan kematian atau menyebabkan kecederaan yang mengerikan.

Beberapa siri ujian telah dilakukan ke atas beg udara Takata untuk mengenal pasti punca utama kerosakan yang telah menyebabkan kematian 10 orang di seluruh dunia itu.
Beberapa siri ujian telah dilakukan ke atas beg udara Takata untuk mengenal pasti punca utama kerosakan yang telah menyebabkan kematian 10 orang di seluruh dunia itu.

Penyelaras ITC David Kelly, bekas pemangku pentadbir pegawai selia keselamatan auto AS, menggelar dapatan-dapatan itu sebagai “langkah pertama yang penting”.

“ITC akan menggunakan data ini untuk membangunkan pemahaman komprehensif kami pada isu kritikal ini,” tambah Kelly.

Ujian itu dijalankan oleh firma berdasarkan aero angkasa AS, Orbital ATK, yang menjalankan ujian 20,000 jam dan analisis yang “menunjukkan punca akar umbi,” menurut pakatan itu.

Dalam tindak balas, Takata berkata dapatan itu konsisten dengan ujian mereka sendiri yang mendapati haba dan kelembapan adalah “faktor-faktor signifikan dalam jumlah kecil inflator yang telah tidak berfungsi”.

ITC berkata “fasa seterusnya” siasatan akan memfokuskan pada inflator-inflator yang sedang digunakan sebagai pengganti bahagian alat ganti beg-beg udara yang ditarik balik.

Sekurang-kurangnya 10 kematian, termasuk sembilan di Amerika Syarikat, telah menjadi mangsa atas kerosakan itu, dengan beberapa 28 juta beg udara Takata telah dipanggil balik di AS.