Kerosakan di jalan tebingan Sungai Temburong

Kerosakan di jalan tebingan Sungai Temburong

TEMBURONG, 8 Feb – Penutup laluan (partway) menuju ke tebingan Sungai Temburong di Pekan Bangar semakin teruk rosaknya dan orang ramai yang melihatnya bimbang akan berlaku perkara yang tidak diingini jika ia tidak ditangani segera.

Menurut orang ramai lagi, keadaan menjadi lebih teruk apabila ia dilalui lori dan kenderaan berat yang diletakkan di kawasan itu setiap hari.

Diharapkan pihak berkenaan segera tampil menangani masalah itu agar tidak menyusahkan pengguna dan orang ramai. – Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

Penutup laluan yang rosak di tebingan Sungai Temburong.
Penutup laluan yang rosak di tebingan Sungai Temburong.

ARTIKEL YANG SAMA