Kerosakan loji kuasa jejas bekalan elektrik

Kerosakan loji kuasa jejas bekalan elektrik

COLOMBO, 17 Okt – Sri Lanka hari ini mengumumkan gangguan bekalan elektrik di seluruh pulau itu berikut kerosakan loji jana kuasa arang batu di pulau itu.

Menteri Kuasa dan Tenaga berkata gangguan bekalan elektrik itu akan berlaku di seluruh pulau itu, kecuali ibu negara Colombo.

Bekalan elektrik akan dipotong selama dua setengah jam pada waktu pagi dari 8 pagi dan selama satu jam pada waktu malam bermula dari 6 petang.

Walau bagaimanapun Kementerian Kuasa dan Tenaga berkata, elektrik tidak akan diputuskan di hospital-hospital di seluruh negara.

Sri Lanka terpaksa mengenakan pemotongan bekalan elektrik selepas loji janakuasa arang batu di bahagian Utara-Barat negara itu rosak pada hari Sabtu.

Loji jana kuasa arang batu Norochcholai menyumbang kepada sebahagian besar bekalan elektrik di Sri Lanka.

Loji kuasa telah mengalami gangguan beberapa kali pada masa lalu yang menyebabkan pemotongan jana kuasa yang sama. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA