Kerosakan Pusat Imigresen Australia cecah Aus$10 juta

Kerosakan Pusat Imigresen Australia cecah Aus$10 juta

SYDNEY, Australia, 12 Nov (AFP) – Rusuhan selama dua hari di pusat imigresen Australia yang mana tahanan-tahanan telah membakar dan dilaporkan bersenjatakan senjata sementara termasuklah gergaji rantai, mengakibatkan kerugian Aus$10 juta, menurut kerajaan hari ini.

Kekacauan bermula lewat Ahad lalu di pusat itu yang terletak di Pulau Christmas, sebuah wilayah terperinci Lautan Hindi yang menempatkan pencari suaka dan bukan warganegara yang disabitkan dengan kesalahan jenayah yang menanti dihantar pulang.

Pasukan pembantu polis tiba Selasa lalu dan menggunakan gas pemedih mata untuk menghentikan rusuhan.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan kelakuan sebegini,” Menteri Imigresen Peter Dutton memberitahu stesen radio Sydney 2GB, mengesahkan bahawa seramai tujuh orang banduan telah dipindahkan ke penjara bandar besar.

Lima warga New Zealand, Tonga dan Afghanistan dipercayai terlibat dalam kekacauan ini yang berlaku selepas seorang pencari suaka warga Iran-Kurdis yang telah melarikan diri dari pusat itu, ditemui mati.

Dutton berkata para tahanan telah memecah masuk ke klinik perubatan dan telah mengambil dadah ketika kekacauan itu. Dia juga berkata mereka telah menyerang sebuah kawasan yang menyimpan peralatan kebun, yang mana di situ mereka telah mungkin mendapatkan gergaji rantai selepas para pengawal berundur.

Dutton berkata anggaran awal kerosakan adalah lebih Aus$1 juta tetapi sejak itu ia meningkat secara dramatik.

Australia telah berdepan dengan kritikan antarabangsa kerana dasar imigresennya yang berpendirian keras yang mana di bawah dasar itu pencari suaka tiba dengan menaiki bot dihantar ke kem terpencil, yang mana pengkritik mengatakan syarat itu adalah keras.

ARTIKEL YANG SAMA