Kerry adakan lawatan mengejut ke Somalia

Kerry adakan lawatan mengejut ke Somalia

MOGADISHU, 5 Mei (AFP) – John Kerry membuat lawatan mengejut ke Somalia hari ini, menurut para pegawai, menjadi setiausaha negara Amerika Syarikat (AS) yang pertama mengunjungi negara Afrika yang dilanda perang itu.

Diplomat tertinggi AS itu berada di bandar Mogadishu hanya beberapa jam dan tidak dijadualkan untuk meninggalkan lapangan terbang yang dikubui itu tempat beliau bertemu Presiden Somalia, Hassan Sheikh Mohamud dan Perdana Menteri Omar Abdirashid Ali Sharmake.

“Setiausaha Kerry mendarat di Mogadishu, Somalia untuk memperkukuhkan komitmen AS dalam menyokong peralihan berterusan Somalia ke arah demokrasi aman,” menurut jurucakap Pejabat Negeri, Marie Harf.

“Dalam mesyuaratnya bersama para pegawai persekutuan dan serantau, beliau akan membincangkan kerjasama keselamatan dan kemajuan Somalia ke arah mesyuarat reformasinya dan tanda aras pembangunan.

Beliau juga akan bertemu dengan para pemimpin masyarakat awam untuk membincangkan kepentingan sektor NGO dan berterima kasih kepada tentera Kesatuan Afrika atas peranan mereka dalam menstabilkan Somalia,” tambahnya.

John Kerry ketika bercakap dengan pelarian Somali di Nairobi sebelum membuat lawatan mengejut ke Mogadishu. – AFP
John Kerry ketika bercakap dengan pelarian Somali di Nairobi sebelum membuat lawatan mengejut ke Mogadishu. – AFP

Seorang pegawai Pejabat Negeri menggambarkan lawatan itu sebagai ‘bersejarah’.

“Saya rasa ia akan menghantar isyarat teguh kepada rakyat Somali berkaitan komitmen kami,” kata pegawai tersebut.

Para pemimpin dan pegawai kanan asing lain telah mengunjungi Mogadishu dalam beberapa tahun kebelakangan, termasuk bekas menteri luar negeri Britain, William Hague dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Lawatan Kerry adalah memfokuskan ke atas peperangan ke atas cawangan Somalia, serta usaha untuk membina keselamatan politik di negara yang dilanda perang.

ARTIKEL YANG SAMA