Kerry akan bertemu pemimpin Israel, Palestin

Kerry akan bertemu pemimpin Israel, Palestin

BAITULMUQADDIS, 24 Nov (AFP) – Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry tiba di Baitulmuqaddis hari ini bagi mengadakan perbincangan dengan pemimpin Israel dan Palestin dalam usaha untuk meringankan minggu pertumpahan darah di wilayah itu.

Kerry akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Reuven Rivlin di Baitulmuqaddis, dan juga pertemuan secara berasingan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Ramallah.

Lawatan beliau datang selepas hampir dua bulan keganasan yang telah mengorbankan 92 rakyat Palestin, termasuk seorang Arab Israel, serta 17 Israel, seorang warga Amerika dan Eritrea, dan mencetuskan kebimbangan pemberontakan Palestin baru.

Lebih separuh daripada rakyat Palestin telah dibunuh penyerang yang didakwa, manakala yang lain ditembak ketika tunjuk perasaan dan pertempuran dengan pasukan keselamatan Israel termasuk di sempadan Gaza.

Kerry meninggalkan Abu Dhabi semalam untuk berlepas ke Baitulmuqaddis bagi pertemuan dengan pemimpin Israel dan Palestin. – AFP
Kerry meninggalkan Abu Dhabi semalam untuk berlepas ke Baitulmuqaddis bagi pertemuan dengan pemimpin Israel dan Palestin. – AFP

Tiga rakyat Palestin termasuk seorang gadis remaja dan seorang askar Israel meninggal dunia pada Isnin dalam keganasan terbaru.

Palestin menyalahkan perubahan kepada status quo di perkarangan Masjid Al-Aqsa, tempat ketiga paling suci bagi orang Islam dan tempat suci bagi orang yahudi yang dikenali sebagai ‘Temple Mount’ sebagai percikan berlakunya pertumpahan darah.

Israel telah berulang kali menafikan ia berusaha untuk mengubah peraturan semasa, di mana orang-orang Yahudi dan Kristian boleh melawat tetapi hanya orang Islam dibenarkan melakukan ibadat di tempat tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA