Kerry akan lawat negara Teluk Arab

Kerry akan lawat negara Teluk Arab

DUBAI, 22 Julai – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) John Kerry akan berusaha menenangkan para pegawai Teluk Arab pada satu pertemuan di Qatar kelak, bahawa Washington akan bekerjasama dengan mereka untuk ‘mengundurkan’ pengaruh Iran di rantau itu, dia memberitahu surat khabar seluruh Arab, al-Sharq al-Awsat.

Kebanyakan sekutu AS di Teluk yang kaya dengan hasil minyak secara terbuka menyambut baik perjanjian antara kuasa-kuasa dunia dan Tehran berhubung program nuklearnya yang dipertikaikan, tetapi mereka menuduh Tehran campur tangan dalam konflik Arab dan mendesak bagi pengaruh serantau yang dipertingkatkan.

“Saya akan pergi ke Doha dalam tempoh beberapa minggu untuk menemui keseluruhan (Majlis Kerjasama Teluk),” Kerry memberitahu surat khabar itu dalam temu bual yang disiarkan hari ini. Dia merujuk kepada sekumpulan negara yang terdiri daripada Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Kuwait, Oman dan Qatar.

“Saya kira , kami boleh memujuk mereka bahawa dengan lebih efektif dalam desak balas dan juga melalui sekatan yang kita ada, mereka akan mara ke hadapan dengan mantap.”

Pemimpin tertinggi Iraq Ayatollah Ali Khamenei memberitahu para penyokong pada Sabtu lalu bahawa dasar-dasar AS di rantau itu adalah ’180 darjah’ menentang dasar Iran dan negaranya akan terus menyokong sekutu-sekutunya di negara-negara Arab.

Setiausaha Negara AS John Kerry yang akan mengadakan lawatan ke negara Teluk Arab. - AFP
Setiausaha Negara AS John Kerry yang akan mengadakan lawatan ke negara Teluk Arab. – AFP

Kerry memberitahu televisyen Al Arabiya dia mendapati ulasan itu mengganggu dan menyusahkan.

Beberapa negara sahabat Amerika di rantau itu menyokong perjanjian itu.

Israel membantah dan sekutu-sekutu Arab AS seperti Arab Saudi ditadbir oleh Islam Sunni, meragui pengaturan yang akan memberi faedah kepada Iran, yang mereka tuduh menimbulkan konflik sektarian dalam peperangan di Yaman, Iraq dan Syria.

Buatan diplomatik Kerry menyusuli sidang mesyuarat dengan para pemimpin Arab Teluk yang diadakan oleh Presiden Barack Obama di Camp David dalam bulan Mei, yang tidak diendahkan oleh para pemimpin Bahrain dan Arab Saudi. – Reuters